Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

RSS
Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

UniknYa Fajar

kelebihan dan keistimewaan solat subuh




v    Solat Subuh tidak berubah rakaatnya.

Solat Subuh berlainan dengan solat Zuhur, Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kepada empat rakaat selepas peristiwa Israk dan Mikraj.
v    Azan Solat Subuh berbeza
i.                     Azan Solat Subuh ada penambahan perkataan,
اَلصَّلاَةُ خَيْرٌُُُُ مِنَ النَّوْمِ
Maksudnya: “Solat itu lebih baik daripada tidur”
ii.                   Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid
Menandakan telah masuk waktu Subuh
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan Pertama:
Amru Ibn Ummu Maktum r.a.
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan kedua:
Bilal bin Rabah al-Habshi r.a.
Masih boleh makan sahur
Waktu Subuh telah masuk, tidak boleh makan namun masih boleh minum jika perlu
v    Doa Khusus dari Rasulullah
Rasulullah s.a.w mewariskan doa khusus selepas solat Subuh buat umatnya.
لاَ اِلَهَ اِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيْتُ
 وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Ia tidak memiliki sekutu. Milik-Nya jualah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.”
        (Hadith Riwayat Tirmizi)
اللَّهُمَّ  أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada api Neraka.”
          (Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
v  Memanjangkan Bacaan Surah
Rasulullah s.a.w menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali pada solat Subuh. Baginda membaca sekitar 60 – 100 ayat.
v  Bacaan Khusus Surah dalam solat Subuh pada hari Jumaat.
Baginda membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.
v  Tidak boleh Qasar dan Jamak
Solat Subuh tidak boleh diqasar (dipendekkan) dan dijamakkan (dihimpunkan) dengan mana-mana solat.
v  Solat Rawatib Subuh
Solat Rawatib Qabliyah Subuh merupakan solat sunat yang paling utama dan lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Solat dua rakaat (sebelum) solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
v  Waktu yang diagungkan Allah
Dalam al-Quran, Allah s.w.t tidak pernah bersumpah dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar. Allah bersumpah dengan waktu Subuh sebanyak dua kali, iaitu pada firman-Nya:
i.                     Surah al-Takwir, ayat 18
Ëxö6Á9$#ur #sŒÎ) }§¤ÿuZs? ÇÊÑÈ
Maksudnya: “Dan demi Subuh, apabila fajarnya mula menyinsing.”
ii.                   Surah al-Muddathir, ayat 34
Ëxö6Á9$#ur !#sŒÎ) txÿó™r& ÇÌÍÈ
Maksudnya: “Dan waktu Subuh, apabila ia terang-benderang.”
Allah s.w.t mengagungkan manusia yang memuliakan waktu Subuh. Memuliakan waktu subuh dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah, berzikir dan memohon keampunan kepada Allah.
Daripada Abu Musa Al-Ashaari r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga”
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban)
Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah solat Subuh dan Asar.
v  Pahala Beribadah Satu Malam Penuh
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah satu malam penuh.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Hibban)
v  Berada dalam Perlindungan Allah
Rasulullah s.a.w telah berjanji bahawaorang yang melakukan solat Subuh akan dilindungi Allah.
Daripada Jundab bin Sufyan r.a, Rasulullah bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan muka pembunuh tersebut ke dalam neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
(Dipetik dari Majalah Solusi Isu 36)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Ais dan Air Sejuk

Boleh ke saya minum air ais?’
‘Elok ke minum air sejuk? Ada orang kata boleh tangkap sendi’

Buat masa ini, tiada kajian saintifik menunjukkan bahaya minum air ais. Cuma terdapat teori yang mengatakan bahawa minum air ais secara berterusan boleh membahayakan anda. Ada yang mengatakan bahawa, meminum ais untuk satu jangka masa panjang boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, batuk, sakit kepala, sakit lutut, masalah perut, imuniti badan yang lemah, kemandulan dan lain-lain.
Berdasarkan teori yang suhu purata badan yang normal adalah 37°C. Minum air ais akan menurunkan suhu dan melambatkan sistem tenaga serta peredaran darah dalam badan. Kesejukan boleh terperangkap di dalam badan sehingga tenaga tidak dapat dialirkan dan menyebabkan sakit-sakit sendi dan sebagainya. Masalah-masalah lain juga mungkin muncul termasuk ketidaksuburan, penuaan lebih cepat dan sebagainya.
Jika peredaran tenaga perlahan, ia melambatkan metabolisme dan mengakibatkan penambahan berat badan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Air ais juga dipercayai menghalang proses penghadaman dan melambatkannya. Hasilnya makanan tidak dicerna dengan betul, membawa kepada pembentukan bahan toksik di dalam usus kecil.Terlebih dahulu, semua itu TEORI sahaja. Tiada bukti saintifik menunjukkan perkara sedemikian. Terdapat kajian menunjukkan, minum air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori. Ia sekali gus membakar kalori berlebihan.

Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat. Pernahkah anda ketika sedang joging, minum air suam atau suhu bilik dan terasa seolah-olah air tersebut bergoncang di perut? Ini adalah kerana air tersebut mengambil masa yang lama yang agak lama untuk turun ke usus. Untuk pengetahuan anda, air tidak diserap di perut tetapi di usus kecil.
Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut). Cuba bayangkan ada satu penapis antara perut dan usus kecil. Air suhu biasa, jarak di antara molekul lebih jauh manakala air bersuhu rendah jaraknya lebih dekat. Bayangkan air bersuhu rendah lebih kecil, yang mana mampu melepasi penapis dengan lebih cepat? Menurut kajian, air bersuhu 2-4°C iaitu menghampiri tahap beku lebih cepat turun ke usus kecil.



Apa kata Ku?
Minumlah air sejuk ketika badan memerlukan air dalam kadar yang segera seperti ketika bersenam, melakukan kerja-kerja berat dan sebagainya. Elakkan terus minum air yang dicampur dengan ais, biarkannya seketika dahulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

secebis kata Aar0n Aziz Dalam KADA

Assalamualaikum...salam petang selasa...

Mood nak berblogging memang tak ada langsung..ke kutub utara ada,ke kutub selatan pun ada...hehehe...Tetapi mood mengupdate blog ku tiba-tiba datang selepas terdengar secebis kata daripada pelakon lelaki fEvrEt aku si aaron aaziz melalui telemovienya yang bertajuk kekasih awal dan akhir ...

cukup dalam makna dia,,cukup padat isi dia dan cukup-cukup-cukup jelas mesej yang cuba disampaikan...begini bunyinya...
"Dalam kehidupan ini, jangan pernah mengambil kesempatan terhadap orang yang kita sayang, terutamanya pada isteri.."

"Kalau cinta pada isteri sudah tiada, pegang pada kasih sayang.. Kalau itu juga sudah tiada, pegang pada amanah.. InsyaALLAH tidak akan diabaikan.."

* * * * *

betul...betul...betul...betul sangat!!!!!!!!... cebisan kata-kata itu membuatkan aku berfikir sejenak campur khayal sikit...hihihi...ada keluhan dalam hati,di mana aku sendiri pun sukar hendak tafsirkannya...huhh!!...Benar apa yang dikata...Tak ada salahpun...Malah tak melampau jika aku katakan,ianya boleh dijadikan satu kunci dalam membentuk sebuah perkahwinan yang kukuh...

ps/: Lets think about it...Have a nice a day peeepppppsssssssssssss.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 ciri yang ada pada sahabat sejati

Assalamualaikum semua.. Aku rasa sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ku ini.. Hmm.. Almaklumlah.. Minggu lepas aku bercuti dan minggu ini aku mula sibuk dengan program lain pulak...


Kali ini aku cuma ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah aku baca beberapa hari yang lepas di sebuah tabloid bulanan kegemaranku.. Aku akan share sesuatu tentang sahabat dan persahabatan.. Wah.. Ayat-ayat aku memang tak pernah mengecewakan diriku.. Muahahahahaa....
kredit pic t0   this site


12 Ciri Yang Ada Pada Sahabat Sejati

1. TENANG
2. BERI PERHATIAN
3. TIDAK MEMILIH
4. TUNJUKKAN PERASAAN SAYANG
5. TIDAK PERNAH MENGUNGKIT
6. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI
7. MENGHARGAI
8. BERCAKAP BENAR
9. MENGHORMATI
10. PEMURAH
11. MEMBANTU TANPA MENGHARAPKAN BALASAN
12. MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SAHABATNYA

P/S: fikir-fikir dalam hati,aku ada tak ciri-ciri macam kat atas ni???....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Betul...Betul...Betul...Betul!!!!!!!!!!!!

~Situasi Pertama~
Anak : Mama, saya nak jajan,,belikanlah tuk saya mama..
Ibu : Ye2,,nanti mama belikan,,kamu duk diam2 jak dulu,,mama nak beli brang2 dapur ni..
Anak : Mama, saya nak banyak2 tau,,boleh kan mama??
Ibu : Boleh sayang..

~Situasi Kedua~ ( version sabahan )
Anak : Mama,boleh  ka atau ndak  kalau mama belikan saya buku?
Ibu : Boleh,, sabar ya nak,mama nak pilih brg2 dapur ni dulu,,mama dah pesan kan,, Sabar itu Indah bah nak..
Anak : Baik Mama,,saya akan tunggu Mama siap k?
Ibu : Macam tula anak Mama..

* Anak yang bagaimana kita mahukan. . . . . .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Singgah Petang




Assalamualaikum..datang jenguk blog aku sekali terus update kan blog aku ni..Maklumlah,blog ni bagaikan diary...hihihih...( its 4 me lah...)

✿ Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR..
✿ Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..
✿ Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..
✿ Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..
✿ Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..
✿ Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..
Oklah,aku update blog ni pun dari menumpang PC dari class yang aku duduk ni...kejap lagi nak balik...tak sabar nak makan apam polkadot yang aku buat semalam sambil sembang ke sumbang dengan bondaKu...hihihi...ZazzzzZz!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkara-perkara Bertentangan Islam Dalam Majlis Kenduri Kahwin



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Ladies dan tuan-tuan...

Islam merupakan agama yang mudah dan tidak membebankan. Membicarakan isu majlis kenduri kahwin (walimah) daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)



Berdasarkan hadis ini, majlis kenduri kawin (walimah) daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat firman Allah SWT maksudnya :“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(boros) dengan melampau (Surah al-Isra' ayat 26)



Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kawin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang muslim-mukmin yang beriman dan bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam. Jika boleh di elakkan maka elakkanlah semoga kita mendapat keredaan Allah SWT.



Oleh kerana majlis kenduri kawin adalah sebagai satu ibadah (meraikan tetamu dengan majlis jamuan) selepas majlis akad nikah dijalankan, maka perlulah kita berwaspada supaya ibadah yang kita baru tunaikan tidak dicemari dengan kemugkaran dan mendapat kemurkaan Allah SWT.





Perkara-perkara yang bertentangan tersebut adalah seperti berikut :





Pertama : Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?



Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Quran.



Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah SWT. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 )



Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari )



Dari hadis di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat al-Quran, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Nabi SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.



Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.



Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Hadis Riwayat Abu Daud )



Dan sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Hadis Riwayat Ahmad )



Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin tanpa kebenaran anak perempuan yang berkahwin.



Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.



Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan.







Kedua : Adakah bersanding merupakan ajaran Islam?



Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.



Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.



Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.



Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram”



Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.



Berinai adalah salah satu amalan semasa majlis perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra : "Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai).”

(Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa’i 5092)



Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim: Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi SAW melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)





Ketiga : Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?



Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang? Beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya dibuang begitu sahaja! Adalah jauh lebih baik rombongan pengantin lelaki membawa makanan atau buah-buahan sebagai hadiah kepada pihak pengantin perempuan. Sirih junjung dikira sebagai barang membazir dan menyusahkan sahaja.







Keempat : Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bersolek (berlebih-lebihan) di majlis perkahwinan ini?



Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis riwayat Muslim. Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a katanya : "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”



Apa yang jelas dari bersolek adalah satu dosa kerana termasuk dalam "Tabarruj" dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan dilarang oleh Allah SWT . Jika bersolek sekadarnya dan tidak nampak bedak yang tebal dan tiada perhiasan yang berlebihan tidaklah dilarang.





Kelima : Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?



Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:



Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.



Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”



Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."



Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”



Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.



Sahabat yang dimuliakan,



Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja. Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.



Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit. Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwian tersebut. Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


msg :-Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT....post via by cahaya-jannah.....ok,singgah sekejap tuk update blog aku 4 today sambil menanti kedatangan bondaku dari sandakan yang akan arrive kul 11lebih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam-macam jerr...

Tempoh hari aku bicara dengan seorang JIRAN...a friend of her friend,meninggal dunia..Sebab kematian? Doktor juga tidak dapat mengenal pastinya..Bila dapat tahu rupanya akibat terkena buatan/sihir orang..Menurut cerita,Arwah merupakan seorang yang bijak pandai,dean list selalu dalam tangan,menurut kawan-kawan..ramai yang dengkikan Arwah..Aku terfikir sejenak.
Seorang saudaraku..juga punya nasib yang sama...buatan orang hanya kerana ingin mendapatkan cinta..Dulu aku mungkin anggap ini perkara yang remeh dan mampu diselesaikan dengan bantuan pak ustaz atau diri sendiri..Asalkan kuat semangat..Tapi selepas melaluinya.ternyata aku silap.Ilmu-ilmu sebegini mampu merubah seseorang sehingga boleh membuat orang derita,tergila-gilakan dan boleh menyebabkan kematian.

Aku suka quote di atas.. Semoga jadi renungan juga buat semua..
Ira disihir guna gambar dalam FB
Emakku pernah berkata kepada ku sewaktu aku bujangan lagi..Jaga kata,jaga perlakuan bila berada di tempat orang..Dan kini pula aku sudah punya blog sendiri,punya ramai kawan di sana sini..Kenalah aku menjaga penulisan ku di dalam blog ini..sebabnya manusia ini sukar kita teka apa yang ada di dalamnya..Pada luaran mungkin kita mampu tafsir tetapi sebaliknya pada dalaman hanya Allah sahaja yang tahu isn't????Ada mungkin orang cepat terasa hati,Ada pula yang mungkin akan dengki..Ada pula yang suda jatuh cinta gila..Cara paling senang????Kenakan ilmu hitam kepada insan yang buat matanya yang berbulu...Buat dia sakit mata,sakit hati dengan kehadiran orang itu,buat dia jatuh cinta..Kenapa jalan itu yang mereka fikir??? Kenapa cara itu yang mereka ambil??? Jalan yang buat orang lain menderita...
Tulis blog..Borak dalam YM ataupun SKYPE..Tulis email.. sekarang,semuanya harus berhati-hati.. Berjaga-jaga saja..ye tak?? kekadang kita hanya duduk diam tanpa bersuara pun ada juga yang tidak suka kepada kita isn't??? Manusia..macam-macam ragam dan punya hati yang lain-lain..
Aku bukan Tuhan untuk menilai dan meletakkan jua menjatuhkan hukuman.. Cuma ingatlah, apa yang dosa itu kita elakkan.. Hidup hanya satu persinggahan.. Terlalu pendek.. Isilah dengan sebaik-sebaiknya.. Lakukan sesuatu yang akan membawa kebaikan bukan saja pada kita, juga pada orang.. Aku mohon maaf kalau ada tersalah bicara.. Kalau silap tolong tunjuk ajarkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Luv Story

get this widget here
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angry Birds -  Link Select
Protected by Copyscape Online Plagiarism Test