Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

RSS

UniknYa Fajar

kelebihan dan keistimewaan solat subuh




v    Solat Subuh tidak berubah rakaatnya.

Solat Subuh berlainan dengan solat Zuhur, Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kepada empat rakaat selepas peristiwa Israk dan Mikraj.
v    Azan Solat Subuh berbeza
i.                     Azan Solat Subuh ada penambahan perkataan,
اَلصَّلاَةُ خَيْرٌُُُُ مِنَ النَّوْمِ
Maksudnya: “Solat itu lebih baik daripada tidur”
ii.                   Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid
Menandakan telah masuk waktu Subuh
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan Pertama:
Amru Ibn Ummu Maktum r.a.
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan kedua:
Bilal bin Rabah al-Habshi r.a.
Masih boleh makan sahur
Waktu Subuh telah masuk, tidak boleh makan namun masih boleh minum jika perlu
v    Doa Khusus dari Rasulullah
Rasulullah s.a.w mewariskan doa khusus selepas solat Subuh buat umatnya.
لاَ اِلَهَ اِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيْتُ
 وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Ia tidak memiliki sekutu. Milik-Nya jualah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.”
        (Hadith Riwayat Tirmizi)
اللَّهُمَّ  أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada api Neraka.”
          (Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
v  Memanjangkan Bacaan Surah
Rasulullah s.a.w menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali pada solat Subuh. Baginda membaca sekitar 60 – 100 ayat.
v  Bacaan Khusus Surah dalam solat Subuh pada hari Jumaat.
Baginda membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.
v  Tidak boleh Qasar dan Jamak
Solat Subuh tidak boleh diqasar (dipendekkan) dan dijamakkan (dihimpunkan) dengan mana-mana solat.
v  Solat Rawatib Subuh
Solat Rawatib Qabliyah Subuh merupakan solat sunat yang paling utama dan lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Solat dua rakaat (sebelum) solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
v  Waktu yang diagungkan Allah
Dalam al-Quran, Allah s.w.t tidak pernah bersumpah dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar. Allah bersumpah dengan waktu Subuh sebanyak dua kali, iaitu pada firman-Nya:
i.                     Surah al-Takwir, ayat 18
Ëxö6Á9$#ur #sŒÎ) }§¤ÿuZs? ÇÊÑÈ
Maksudnya: “Dan demi Subuh, apabila fajarnya mula menyinsing.”
ii.                   Surah al-Muddathir, ayat 34
Ëxö6Á9$#ur !#sŒÎ) txÿór& ÇÌÍÈ
Maksudnya: “Dan waktu Subuh, apabila ia terang-benderang.”
Allah s.w.t mengagungkan manusia yang memuliakan waktu Subuh. Memuliakan waktu subuh dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah, berzikir dan memohon keampunan kepada Allah.
Daripada Abu Musa Al-Ashaari r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga”
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban)
Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah solat Subuh dan Asar.
v  Pahala Beribadah Satu Malam Penuh
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah satu malam penuh.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Hibban)
v  Berada dalam Perlindungan Allah
Rasulullah s.a.w telah berjanji bahawaorang yang melakukan solat Subuh akan dilindungi Allah.
Daripada Jundab bin Sufyan r.a, Rasulullah bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan muka pembunuh tersebut ke dalam neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
(Dipetik dari Majalah Solusi Isu 36)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 IkhlasMu:

Post a Comment

My Luv Story

get this widget here
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angry Birds -  Link Select
Protected by Copyscape Online Plagiarism Test