Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

RSS

UniknYa Fajar

kelebihan dan keistimewaan solat subuh




v    Solat Subuh tidak berubah rakaatnya.

Solat Subuh berlainan dengan solat Zuhur, Asar dan Isyak yang telah berubah daripada dua rakaat kepada empat rakaat selepas peristiwa Israk dan Mikraj.
v    Azan Solat Subuh berbeza
i.                     Azan Solat Subuh ada penambahan perkataan,
اَلصَّلاَةُ خَيْرٌُُُُ مِنَ النَّوْمِ
Maksudnya: “Solat itu lebih baik daripada tidur”
ii.                   Diulang dua kali sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu
Azan Pertama
Azan Kedua
Mengejutkan penduduk agar bangun dan bersiap-siap berjemaah di masjid
Menandakan telah masuk waktu Subuh
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan Pertama:
Amru Ibn Ummu Maktum r.a.
Di Masjid Nabawi, Bilal Azan kedua:
Bilal bin Rabah al-Habshi r.a.
Masih boleh makan sahur
Waktu Subuh telah masuk, tidak boleh makan namun masih boleh minum jika perlu
v    Doa Khusus dari Rasulullah
Rasulullah s.a.w mewariskan doa khusus selepas solat Subuh buat umatnya.
لاَ اِلَهَ اِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيْتُ
 وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Ia tidak memiliki sekutu. Milik-Nya jualah kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia maha Kuasa atas segala sesuatu.”
        (Hadith Riwayat Tirmizi)
اللَّهُمَّ  أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada api Neraka.”
          (Hadith Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
v  Memanjangkan Bacaan Surah
Rasulullah s.a.w menyarankan bacaan surah dalam solat dipendekkan kecuali pada solat Subuh. Baginda membaca sekitar 60 – 100 ayat.
v  Bacaan Khusus Surah dalam solat Subuh pada hari Jumaat.
Baginda membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan dibaca pada rakaat kedua.
v  Tidak boleh Qasar dan Jamak
Solat Subuh tidak boleh diqasar (dipendekkan) dan dijamakkan (dihimpunkan) dengan mana-mana solat.
v  Solat Rawatib Subuh
Solat Rawatib Qabliyah Subuh merupakan solat sunat yang paling utama dan lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Solat dua rakaat (sebelum) solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
v  Waktu yang diagungkan Allah
Dalam al-Quran, Allah s.w.t tidak pernah bersumpah dengan waktu solat kecuali solat Subuh dan Asar. Allah bersumpah dengan waktu Subuh sebanyak dua kali, iaitu pada firman-Nya:
i.                     Surah al-Takwir, ayat 18
Ëxö6Á9$#ur #sŒÎ) }§¤ÿuZs? ÇÊÑÈ
Maksudnya: “Dan demi Subuh, apabila fajarnya mula menyinsing.”
ii.                   Surah al-Muddathir, ayat 34
Ëxö6Á9$#ur !#sŒÎ) txÿór& ÇÌÍÈ
Maksudnya: “Dan waktu Subuh, apabila ia terang-benderang.”
Allah s.w.t mengagungkan manusia yang memuliakan waktu Subuh. Memuliakan waktu subuh dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah, berzikir dan memohon keampunan kepada Allah.
Daripada Abu Musa Al-Ashaari r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga”
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban)
Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah solat Subuh dan Asar.
v  Pahala Beribadah Satu Malam Penuh
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah beribadah satu malam penuh.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Hibban)
v  Berada dalam Perlindungan Allah
Rasulullah s.a.w telah berjanji bahawaorang yang melakukan solat Subuh akan dilindungi Allah.
Daripada Jundab bin Sufyan r.a, Rasulullah bersabda, mafhumnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan muka pembunuh tersebut ke dalam neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
(Dipetik dari Majalah Solusi Isu 36)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Ais dan Air Sejuk

Boleh ke saya minum air ais?’
‘Elok ke minum air sejuk? Ada orang kata boleh tangkap sendi’

Buat masa ini, tiada kajian saintifik menunjukkan bahaya minum air ais. Cuma terdapat teori yang mengatakan bahawa minum air ais secara berterusan boleh membahayakan anda. Ada yang mengatakan bahawa, meminum ais untuk satu jangka masa panjang boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, batuk, sakit kepala, sakit lutut, masalah perut, imuniti badan yang lemah, kemandulan dan lain-lain.
Berdasarkan teori yang suhu purata badan yang normal adalah 37°C. Minum air ais akan menurunkan suhu dan melambatkan sistem tenaga serta peredaran darah dalam badan. Kesejukan boleh terperangkap di dalam badan sehingga tenaga tidak dapat dialirkan dan menyebabkan sakit-sakit sendi dan sebagainya. Masalah-masalah lain juga mungkin muncul termasuk ketidaksuburan, penuaan lebih cepat dan sebagainya.
Jika peredaran tenaga perlahan, ia melambatkan metabolisme dan mengakibatkan penambahan berat badan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Air ais juga dipercayai menghalang proses penghadaman dan melambatkannya. Hasilnya makanan tidak dicerna dengan betul, membawa kepada pembentukan bahan toksik di dalam usus kecil.Terlebih dahulu, semua itu TEORI sahaja. Tiada bukti saintifik menunjukkan perkara sedemikian. Terdapat kajian menunjukkan, minum air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori. Ia sekali gus membakar kalori berlebihan.

Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat. Pernahkah anda ketika sedang joging, minum air suam atau suhu bilik dan terasa seolah-olah air tersebut bergoncang di perut? Ini adalah kerana air tersebut mengambil masa yang lama yang agak lama untuk turun ke usus. Untuk pengetahuan anda, air tidak diserap di perut tetapi di usus kecil.
Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut). Cuba bayangkan ada satu penapis antara perut dan usus kecil. Air suhu biasa, jarak di antara molekul lebih jauh manakala air bersuhu rendah jaraknya lebih dekat. Bayangkan air bersuhu rendah lebih kecil, yang mana mampu melepasi penapis dengan lebih cepat? Menurut kajian, air bersuhu 2-4°C iaitu menghampiri tahap beku lebih cepat turun ke usus kecil.



Apa kata Ku?
Minumlah air sejuk ketika badan memerlukan air dalam kadar yang segera seperti ketika bersenam, melakukan kerja-kerja berat dan sebagainya. Elakkan terus minum air yang dicampur dengan ais, biarkannya seketika dahulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Clap,,Clap!!!!. . .

Assalamualaikum readers.. I guess it's already around 1 or 2  posts that had been written in English.. For today, lets eat some belacan, Bahasa Malaysia please.. Ngee.. =p

Tergeliat tangan menulis bahasa Omputeh, otak pun berjalan terkedek-kedek memikir grammar.. Al maklumlah, English tak berapa nak "terror".. Tapi, sejujurnya ini percubaan menulis dalam English yang memang seronok.. Rasa macam duduk di New Zealand.. Eh!! Kenapa tiba-tiba New Zealand eh? Ekeke.. Ada pembaca setia dari sana rupanya.. Siapa pun anda, SEMAKIN HARI,SEMAKIN SAYANG luv2 anda ketat-ketat.. Ecece.. Manalah tahu, ada mat saleh ter"berkenan".. Maka, putih melepaklah kaler cucu cicit I yang 10 orang tersebut.. Kannn!!! =p

Semenjak pagi tadi, aku asyik terserempak dengan istilah "tepuk tangan".. Dalam dashboard sahaja, ada 3 entry yang berkisarkan "tepuk tangan" dari 3 orang blogger yang berlainan.. Dah orang lain sibuk duduk bercerita, jadi aku pun nak tumpang sekaki dua, cerita pasal tepuk tangan..

Aku bertepuk tangan.. Tapi aku tak tahu, berbunyi ke tak berbunyi.. Ada tak siapa-siapa yang boleh tolong beritahu, aku tepuk, berbunyi ke tak berbunyi eh? =p

MODE tertanya-tanya : ACTIVATED!!

*Giggling* Kalau anda gembira tepuk tangan.. Clap clap!! Till here.. Jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal, selamat malampetang selasa( anggap je lah malam )...sebab aku nak tido ni....hihihi.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE : Eh!! Aku tertanya juga, tepuk tangan apalah yang korang semua fikirkan ya.. Ngee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah 1433 H

✿¸.•°*”˜✿¸.•°*”˜✿¸.•°*”˜✿¸.•°*”˜✿¸.•°*”˜✿
SALAM MAAL HIJRAH 1433 "DUNIA MENUNGGU PENYELAMAT"

"YA ALLAH SAMPAIKANLAH SALAM RINDU KAMI KEPADA.. RAHSIA SEGALA RAHSIA.UBAT SELURUH PENYAKIT.ANAK KUNCI SEGALA KEJAYAAN.DIALAH PEMIMPIN YANG KAMI RINDU.NABI MUHAMMAD YANG TERPILIH,KELUARGANYA YANG SUCI SERTA PARA SAHABAT YANG MENJADI PILIHAN.SEBANYAK BILANGAN NIKMATMU DAN KEMULIANMU YA ALLAH.
"


Mudah-mudahan, yang telah berlalu pergi kita jadikan sempadan dan pengajaran.. Dan untuk esok, kita buka lembaran baru, kita orak langkah supaya hari ini dan seterusnya adalah lebih baik dari hari-hari yang telah kita lalui dan tinggalkan.. 


ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤

P/S : Baru sampai ke rumah, penatnya tak terkira selepas balik dari Johor.. Mata pun layu dan berat saja.. Esok perlu ke destinasi lain lagi.. Rumah sewa yang aku duduk ni berhadapan dengan masejid,jadi dapatlah kami bersama-sama mendengar, berdoa dan mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun.. Azan pun kedengaran sangat kuat dan jelas.. Syukur.. Mudah-mudahan ini jadi satu benda yang bawa diri ke arah lebih baik di tahun baru ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempat-Tempat Menarik di Singapura

Cuti-cuti sekolah ni dah ramai yang bercuti untuk berjalan-jalan makan angin. Aku yang cuti panjang ni masih belum berjalan ke mana-mana. Cuma bulan depan December ni, kami anak beranak bercadang ingin ke Kota Singa dan melewati Melaka buat kali ke-5.... Nih my assignment my sunshine bagi dah lama tapi hari ni baru terhegeh-hegeh nak google. Ada beberapa info menarik yang dah dapat but more more info masih tak dapat google.. Kredit to Pak Budi.

Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam)
Terletak di North Bridge Road. Di daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre. Cara  ke sana: MRT stesen Bugis.

China Town
Tempat menarik: Kuil Thian Hock Keng,  Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, Food Street. Cara ke sana: MRT stasion Chinatown atau Outram Park.
Little India
Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat menarik: Masjid Abdul Gafoor, Kuil dan Pura. Cara ke sana: MRT stasion Little India dan Farrer Park.
Katong
Terletak di East Coast Road dan joo Chiat Road, tempat jajanan makanan yang menarik dari pelbagai tempat. Cara ke sana: MRT stesen Paya Lebar atau Eunos.

City Hall dan Padang
Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapore. Cara ke sana: MRT terdekat stesen City Hall.



Bideford Junction Crosswalk
Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pk 19.30, setiap 30 menit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu menit. Selama waktu ini, daerah itu disirami oleh empat skenario tata cahaya yang mempesona, yaitu: “Singapura Kota Taman”, “Berjalan Di Air”, “Aurora (Cahaya Kutub Utara)” dan “Langit Malam Berbintang”. Cara ke sana: Stasion MRT Orchard.
 

Carlsberg Sky Tower
Terletak di sebelah cable car ke pulau Sentosa. Carlsberg Sky Tower memberikan pemandangan ke seluruh kota Singapura, Sentosa, Southern Islands bahkan Malaysia dan Batam dari ketinggian 130 meter. Tiket masuk S$10/ dewasa dan S$6  (Anak 12 tahun ke bawah).

DHL Balloon
Terletak di Tan Quee Lan Street, Bugis. Belon ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Belon ini dapat membawa 29 penumpang dan terbang sampai ke ketinggian 150 m, untuk menyingkap sebuah pemandangan kota yang mempesona seluas 360 darjah. Selama 7 – 10 minit, kita akan terbang melihat seluruh pelosok kota. Jam Buka Senin s/d Minggu: 11.00 s/d 21:30. Tiket masuk: Dewasa SGD23, anak-anak SGD13 (3 – 12 th), Anak-anak di bawah 3 tahun SGD2.
Cara ke sana: Naik MRT dan turun di stasiun Bugis (EW12) lalu berjalan ke tanah lapang di samping 7th Storey Hotel.

 G-Max Reverse Bungy
Bungy pertama di Singapura. Jam buka Senin s/d Kamis: 3 siang s/d 1 pagi. Tiket masuk $40 per orang.
Lokasi di Clarke Quay, River Valley Road. Cara ke sana: Naiklah MRT lalu turun di stasiun Clarke Quay, keluar di Eu Tong Sen Street lalu belok kiri dan menyeberangi Coleman Bridge.



Singapore City Gallery
Ruang pamer arsitektur negara Singapore dalam bentuk miniatur. Ada sekitar 50 pameran yang dapat dicoba dan terminal layar-sentuh, galeri ini menjanjikan sebuah pengalaman yang seru dan membuka wawasan kita tentang pertumbuhan Singapore. 
Jam Buka: 9.00 – 17.00 (Senin s/d Sabtu), Hari Minggu dan hari libur umum tutup. Tiket Masuk: Gratis.
Lokasi : The URA Centre, Maxwell Road. Cara ke Sana: Naiklah MRT turun di Tanjong Pagar Station (EW 15).

Singapore Flyer (Kincir Angin)

Terletak di Marina Bay, dengan diameter roda hingga ketinggian 165 meter. Kita dapat menyaksikan pemandangan Singapura, seperti  Marina Bay, Gedung Esplanade, Pulau Batam, dll.
Jam buka setiap hari dari pk. 8:30 s/d 22:30. Lokasi di Raffles Avenue. Cara ke sana: Naik MRT ke Stasion City Hall, jalan kaki ke arah Marina Bay.

Singapore Science Centre
Singapore Science Centre memiliki sekitar 850 lebih wahana interaktif yang menggambarkan keajaiban dan keindahan ilmu pengetahuan. Selain itu ada juga Kinetic Garden yaitu taman iptek interaktif luar-ruang pertama di Asia. Selain galeri pertunjukan utama, Omni-Theatre merupakan biskop dan dilengkapi Virtual Voyages Simulation Theatre dengan 18 kursi, tempat para penonton mengalami fenomena iptek secara visual sekaligus fisik, dengan sebuah kisah petualangan selama 15 menit. 

Jam Buka : Setiap hari dan hari libur sekolah, kecuali Senin. Antara jam 10.00 pagi sampai 18.00 sore.
Tiket Masuk: Dewasa SGD 6, anak-anak (di bawah 16 tahun) SGD 3, lansia SGD 3.60. Pertunjukan Film Omnimax: Dewasa SGD 10, anak-anak (3 sampai 12 tahun) SGD 5, lansia SGD 7. Film IMAX DMR: SGD 12 per orang (hari kerja), SGD 15 per orang (akhir pekan/hari libur umum).

Lokasi: Science Centre Road, Jurong East. Cara ke sana: Naik MRT ke Jurong East Station (EW24/NS1) lalu naik bis SBS nomor 335.

Ski 360°
 Ski kabel (atau main ski tapi pakai kabel) adalah ski air yang ditarik oleh sebuah kabel di atas. Kecepatan laju kabel tersebut sama sekitar 58 kilometer perjam (sama seperti kecepatan speed boat).
Jam buka: Senin – Jumat: 10.00 s/d 22.00. Sabtu, Minggu, Hari Libur: 9.00 s/d 22.00.
Lokasi: East Coast Parkway Singapore. Cara ke sana: Dengan Bis: 401 dari Bedok Interchange.  

Song of The Sea.
Berlokasi di laut pulau Santosa, pertunjukan ini menampilkan permainan api, laser, jet air, ledakan lidah api dan pencitraan komputer dilengkapi dengan lagu-lagu.
Jam Buka: Setiap malam, 19:40 dan 20:40.
Tiket Masuk: SGD 6 (dewasa / anak-anak).
Lokasi: Beach Station. P. Santosa



Dear friends, kalau korang pernah jenjalan ke sana, boleh kongsikan bersama di sini...Sambil aku google2, bleh dpt info drp kawan2 :

1. Kami akan bertolak 16 Dec (jumaat) dan balik pada 23 Dec (jumaat).
2. Transportation : Kereta ke Johor dan public transport ke Singapura.
2. Kami peruntukkan 4 hari max ke Singapura and the rest akan berada di Melaka .
3. One MUST place to go ialah USS.
4. Yang lain belum pasti sebab tak tau jalan.


 Benda ni berlegar2 di mindaku..alahaiiiii wasiiiiii...
1. Dari Johor ke USS naik apa? Tune Hotel JB (Call : 0133861001) ada offer shuttle bus ke USS, sangat murah tapi belum decide dgn my hubby.

2. Kalau naik bas dari Johor, berhenti kt town, but then camna nak access ke Universal Studio? Berhenti kat stesen apa?

3. Apa tempat-tempat menarik yang dekat-dekat antara satu sama lain, so that boleh cover percutian dalam satu hari jer...

FootNote :- Percutian kami ni dikira budget destination. Walau budget sikit, masih nak berjalan. Yang penting ingin mengambil pengalaman, biar luas pandangan...
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Orang Siti Sebagai Teladan Untuk Si Muslimah

Salam Jumaat. . . Saja tumpang lalu untuk update kan blog aku ni. . .
Terdapat 99 Siti  yang wajar menjadi contoh teladan buat Si Muslimah iaitu Siti Khadijah,Siti Fatimah,Siti Aishah,Siti Hajar,Siti Mariam,Siti Asiah,Siti Aminah,Siti Muti’ah dan Siti Zubaidah.


1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4. Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6. Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.
7. Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9. Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Wallahua’lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih belum Terlambat Untuk Merasakan Nikmatnya


Pertama ini namanya ketupat.. Orang Borneo seperti aku lebih gemarkan ketupat nasi berbanding ketupat pulut atau ketupat palas.. Entah kenapa tapi tekak lebih selesa dengan ketupat nasi.. Ketupat palas rasanya seperti lemang dan aku bukanlah penggemar lemang yang tegar.. Setakat minat gitu-gitu saja..

P/S: Teringat ada seseorang tak suka ketupat nasi.. Rugi sungguh anda!! =p
Ini rendang.. Daging lembu lebih jadi pilihan.. Rendang aku suka makan dengan lemang.. Lagi uummpphh.. Tapi makan dengan ketupat pun jalan saja.. Tiba-tiba tekak teringin pulut kuning pula.. Dimakan bersama rendang.. Apa nak dikata.. Memang terbaiklah.. =)
Ini sambal kacang.. Masa raya ada, tak raya pun ada.. Selalu dimakan dengan satay, tauhu sumbat atau apa saja yang tekak nak dimakannya bersama.. Keh keh keh.. Ada seorang blogger, makan sambal kacang dengan epal tak silap.. Huhu.. Unik sungguh..
Ini adalah lontong.. Nasi impit yang dimakan dengan kuah lodeh.. Aku kurang gemar entah kenapa tapi sunshine aku memang hantu.. Lontong memang sedap dimakan dengan sambal dan telur dadar.. Oh ya.. Tapi aku sangat suka lontong goreng.. Nak belajar buat lontong goreng.. Siapa ada resepi lontong goreng yang sedap??? Ngee..

hai,hai,hai semua.. Petang khamis dah kan???.. Kejap jer masa berjalan, Ahad ni pulak aku akan ke kota Tinggi.. Petang ini aku juz  perkenalkan kepada anda salah satu daripada entah ke berapa aku sendiri pun tak taw...muahahahaa....Alolololoooo....makanan fevret tradisional aku jer.. Dah kenal pun silalah buat-buat tak kenal ya.. Ekeke.. =p

Dan kesemua makanan di atas bukanlah saja-saja diletak.. Ingat lagi tak raya haji tempoh hari aku tak balik kampung sebab my sunshine tak ada cuti? Hehe.. Balik tetapi mak aku pula yang mai tempatku dan mak masak semua makanan di atas semalam sebelum mak aku ke johor pagi tadi..... Nyum nyum.. Tengahari tadi sunshine dan anak kedua ku mencekik banyak gila ketupat dengan sambal kacang bertemankan daging rendang.. Nikmat.. Ekeke..

Tengok.. Mak kita selalu ingatkan kesedihan anak-anak.. Tapi anak-anak.. Haish.. Pesan untuk diri sendiri dan anak-anak seluruh dunia.. Sayang mak kita selalu, jaga hati, jaga perasaaan dia, ingat-ingat dia selalu macam mak selalu ingat dekat kita.. Okehhhh????????.. Heee.. Sampai sini.. Tengah berusaha kosongkan perut untuk slot malam nanti.. Weehoo.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: aku makan roti keping je tadi...hehehe.. Lalala.. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Luv Story

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angry Birds -  Link Select