Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

RSS

suatu nikmat yang tidak akan dilupakan selamanya

Selamat Pagi Malaysia tak kira walau anda berada di mana-mana..Salam ahli kubur...( kita ni memang pun ahli kubur gak kan? )..Early monink lagi aku dah gatal tangan dok menempek kat depan lappy isn't?...huhh...memang rajin plak aku ya since blog yang entah ke berapa aku make ni have a nice template..Ye lah,banyak blog aku cipta tapi gara-gara paswud aku terlupa jadi meningkat dah blog ku..But, hopefully blog yang b0rn 3days ago adalah yang terakhir dan tidak akan melahirkan blog lain lagi...huhh,penat tau buat blog baru ni..
pic kredit via http://farahharris.blogspot.com

Berbalik kepada tajuk yang aku nyatakan kat atas,aku sebenarnya nak menceritakan satu nikmat yang aku perolehi dan tidak dapat ku lupakan walau sesaat..Pernah aku postkan luahan ini kat dalam faceb00k tetapi nak juga tempek kat bl0g ku yang comeeiiii ini...hehe...( alamakkkkk talabih sudah!! )
Kepada ibu-ibu dan bakal-bakal menjadi ibu tidak lama lagi,aku ingin berkongsi kepada anda tentang satu nikmat yang aku kecapi semasa aku bertarung nyawa melahirkan seorang bayi..Iy0lahh,SHARING IS CARING isn't???...Mungkin anda boleh jadikan sebagai panduan ataupun satu rujukan..dengan nama ALLAH,apa yang aku ceritakan di sini adalah hundred percent tanpa di t0kok tambah..Tapi aku yakin mesti ada ibu-ibu di luar sana turut mengalami nikmat yang aku per0lehi ini..
Baik Ibu-Ibu,,sebenarnya kalau nak diceritakan dari A-Z memang panjang sangat ceritanya..Silap-silap boleh jadi karangan STPM..Tapi aku pendekkan agar Ibu-Ibu di sana tidak lah keboringan terhadap aku yang melalut ke laut ni...huhhhh!!!
Pernah tak Ibu-Ibu muda mengalami PROSES BERSALIN TANPA RASA SAKIT???( kecuali bagi ibu-ibu yang melakukan EPIDURAL )...Percaya tak bila dikatakan BUKAAN DAH 10CM TETAPI TIDAK MERASA SAKIT???...dan mengalami PROSES YANG BEGITU SINGKAT???....Aku ajukan soalan ini kepada ibu-ibu muda sebab ibu-ibu zaman dahulu tak boleh challenge punya..hehe...Depa memang kuat punya,tak seperti ibu-ibu muda zaman sekarang ni..Jangan lupa pula ya sebab aku ada katakan mungkin ada segelintir ibu-ibu muda yang mengalami proses yang sama seperti yang aku alami ini..
Iya,memang benar..Aku mengalami nikmat ini semasa aku melahirkan anak ketiga ku..Aku tidak merasa sakit sepertimana yang pernah aku alami ketika melahirkan dua orang anak sebelum ini..
Iya memang benar Aku disahkan bukaan aku melalui check doctor sudah 10cm tetapi aku tak merasa sakit bagai nak mampos seperti yang aku alami sebelum ni..Sebelum ni,bukaan dah 2-3cm,aku macam dah nak mamp0s dah menahan kesakitan..Dalam 10cm ni pun aku boleh lagi nak copy rupa nurse ataupun doctor yang aku nampak masa tu dan kalau boleh pada masa bukaan 10cm itu pun aku boleh CONTROL AYU lagitau??...lucu pulak bila aku cuba flash back...hehehehe....Betul Ibu-Ibu,aku ditolak ke labour room dengan wajah yang ayu jer..Suami aku pun heran kenapa aku dijadikan ribut oleh para spital tue...hehehe...sehinggakan suami aku signal dari jauh tanya kat aku kenapa???...aku jawab dengan menaikkan bahu dan jawapan ringkas..."entahh,nda taw"...( sabahan dialek )...Doctor cakap kat nurse yang tolak aku tu kononnya AKU NI RILEK JE,MACAM TAK DOK APA-APA???....satu soalan yang aku masih ingat...Doktor tu tanya aku," Puan,sakit tak?"...Dengan selamba aku jawab," BOLEH LAH.."...hehe...nampak sangat aku tak tahu nak jawab apa pada masa tu..Kekadang aku boleh fikir pada masa tu mungkin mereka yang EXPERT ni silap kot???...Apsal aku ditolak ke labour room padahal aku tak rasa sakit dan tak ada respon nak push2 ni...huh...Bila doktor pompan cina tu (kecik2 je badan die ) pecahkan tuban aku pun still belum ada reaction..Nurse2 tu pun buh lah USG(kalau silap perbetulkan ye,aku tak taw alat2 spital ni...hehe ) sejenis alat mendengar degupan jantung baby kat perut aku...Mereka ketawa sebab baby kat dalam tummy aku adalah sleeping patern...hahaha...patut lah aku tak ada reaksi nak push it out...alahaaiiii....Nurse tu dok usap2 pewott aku sambil cakap kat baby dalam tummmy aku ni...ADIK,KELUAR lah DIK...SIAN IBU TUNGGU LAMA....hehe....memang masin nurse tu kata...Xlama kemudian,barulah aku rasa nak push it out... Dan alhamdulillah...maka lahirlah seorang insan kerdil jantina lelaki diletakkan di atas badan aku agar aku dapat mencium nya... terdengar tangisan pertamanya buat aku rasa syukur kerana selamat jua aku melahirkannya...Iye lah,kalau baby tak nangis kena tahan wad lagi kan naiya tu???....duk terperam kat spital ni bikin fade up tul...Singkat sahaja masa yang aku harunginya...aku masuk register kat spital kul 4.30pm,,kena layan leh para doktor kul 5suku... dan aku melahirkan baby aku tepat kul 6.30pm..

Apa yang membuatkan aku mengalami nikmat tersebut,aku sendiri tak tahu nak kata apa tetapi aku yakin semasa aku mengandung 9months ini, Allah telah mendengar laguku melalui bacaan quran,Allah telah memakbulkan permintaan ku melalui doa,Allah telah menerima amalan2 ku melalui zikir, Allah telah menerima mesej yang ku hubungkan melaui talian 24434 pada siang & malam dan Allah jua turut menyaksikan beserta dengan dua para malaikat ku dalam khataman quran...Aku yakin,kerana ini lah aku merasa satu nikmat yang luar biasa bagiku..

Amalan yang ku lakukan semasa preggy :-
1) bacalah 6surah selepas solat...( yasin,hujarat,luqman,mariam,yusof dan yunus )
2) khatamkan quran ( lakukan selepas membaca surah2 yg ku  nyatakan  di atas ni )
3) perbanyakkan melakukan senaman ringan...( solat adalah senaman paling baik )
4) minum lebihan air suami ( biar setitik tinggal dalam bekas gelas suami pun tak apa...hehe...)
5) semasa tidur dan duduk menonton tv,perbacakan zikir2 dan selawat nabi...( surah 4kul, selawat syifa, zikir laziim n ayat kursi kerap ku dendangkan sambil usap perut )
6) kerap berjalan atau pun jangan malas nak wat keja umah...( ni petua my m0m agar cepat bersalin )...aku 37-38weeks mesti bersalin sebelum due date yg di ramalkan...
7) amalkan makan kurma...( ni tujuan bagi kesihatan bayi dan tenaga kepada kita )
8) sentiasa meminta maaf kepada orang esp,suami dan parents kita..
9) amalkan baca doa memudahkan bersalin boleh research kat google...
10) tiap hujung minggu aku minta suami bawa aku keliling padang kat botanic walk ( tujuan bagi senang&mudah bersalin )

Tanda-tanda aku hampir nak bersalin :-
1) kerap buang air ( ni tanda baby dah turun ke bawah )
2) selera makan berkurang
3) berat dalam 36weeks ke due date akan berkurang ataupun menten...( last my weight 62kg jer )
4) selepas jalan kuat sangat,bila malam time tido perut aku mesti mengeras tapi bukan kontraksi...
5) muka sembap atau kaki bengkak aku tak ada pulak ye??...
6) ..........daaaaaa....abesh dah!!!...hihihi....

Aku akhiri entry aku kali dengan ucapan syukur alhamdulillah kepada Mu Ya allah kerana memudahkan proses ku bersalin anak ketiga ini...
sem0ga anak yang kini berusia 8bulan akan menjadi seorang insan yang soleh sepertimana pembawaannya semasa ku mengandungkan dia gemar menghubungiMu Allah...Itu sebab lah aku panggil anakku ni Imam/ustaz Qushi...hihi...Makbulkan lah permintaan ku ya Allah...Sesungguhnya Kau Maha Pemurah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 IkhlasMu:

Post a Comment

My Luv Story

get this widget here
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angry Birds -  Link Select
Protected by Copyscape Online Plagiarism Test