Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

RSS

My heart remained in the Island Pangkor

Assalamualaikum semua.. Sudah agak lama aku tak mengupdate blogku ini.. Well, here's my first post after "bercuti" for quite a few time..


Aku telah ke Pangkor Island pada 12,13hb Nov yang lepas bersama bonda ku yang tercinta dan juga family yang ku sayangi.. Kami ke sana atas tujuan makan-makan angin sahaja dan memang planning tak ready actually...12hb tu kita orang round bandar KL..Balik sahaja dari dinner kat Teratak Ikan bakar di kampung baru yang terletak di kulompo...kita orang terus gerak menuju ke destinasi lain pula yaitu Pangkor Island..


Walaupun hanyalah sebuah pulau yang kecil, dan hanya dengan satu jam sahaja kita boleh round satu pulau pangkor, ditambah lagi dengan cuaca yang amat baik punya, tetapi aku telah jatuh cinta dengan pulau ini.. Kedatanganku ke pulau pangkor ini adalah kali kedua so terasa seolah-olah nak cepat je balik.. Namun, di saat-saat aku ingin meninggalkan pulau ini, aku merasa sebak. Aku rasakan PP tempat yang sangat cocok untuk insan seperti aku yang tidak sukakan hiruk-pikuk suasana kota..


Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Tempat-tempat yang boleh dikunjungi:

  • Lapangan Terbang Teluk Dalam
  • Kilang Satay Fish SPK
  • Tukang bot SPK
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
  • Teluk Segadas
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
  • Monkey Bay
  • Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
  • Pasir Giam (Coral Bay)
  • Teluk Man
  • Taman Lin Ji Kung
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pulau Pangkor Laut
kami memutuskan untuk bermalam di Puteri Bayu Beach Resort dan memilih bayu Villa Challet sebagai tempat beradu dan merehatkan badan-badan yang lenguh penguh ini..Memandangkan sunshine aku kena kerja pada 13hb nov,makanya kami semua kena pergi dari pulau itu juga...sobss2...memang aku rasa sedih sangat meninggalkannya..huhuhuuwawaaaaaduuuhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

bagi yang ingin ke Pulau pangkor terdapat beberapa :-

Pakej-Pakej Penginapan
Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor - Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah pulau menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan senibina Melayu yang eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk Pakej Percutian (individu, pasangan, keluarga), Pakej Seminar, Pakej Kumpulan, Pakej Hari Keluarga (Insentif), Pakej Melancong dan Pakej Aktiviti/Advencer. . .
Pakej Percutian
Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Resort hotel dan chalet banyak terdapat di dua pantai tumpuan utama pelancong - Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Pelbagai pilihan penginapan disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar (hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan).
Pakej Seminar / Persidangan / Mesyuarat
Hotel-hotel bertaraf bintang di Pasir Bogak dan Teluk Dalam yang menyediakan pelbagai kemudahan seminar, persidangan dan mesyuarat untuk bilangan peserta sehingga 300 orang! Pelbagai pakej boleh menjadi pilihan anda. Kumpulan kecil dengan budget ekonomi boleh memilih Teluk Nipah yang menyediakan penginapan yang selesa.


Kem / Kursus / Riadah
Pulau Pangkor unik dengan kekayaan alam semulajadi yang terpelihara semenjak zaman berzaman. Hutan dara menyediakan laluan mencabar bagi peminat jungle trekking. Banyak resort penginapan ala summer camp dengan kemudahan dewan, sajian makanan, aktiviti, dan banyak lagi..


So,bagi yang berminat mengunjungi pusat2 percutian yang menarik,Pulau Pangkor juga merupakan destinasi percutian yang better...Okehhh!!!....Sekian sahaja entry ku pada kali ini tentang HOLIDAY...nanti continue entry lain pulak okehhhhh????....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 IkhlasMu:

Post a Comment

My Luv Story

get this widget here
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angry Birds -  Link Select
Protected by Copyscape Online Plagiarism Test